SO APA CERITA MYSPACE ?

01:15




Pernah dengar Myspace? Pernah guna? Mesti ada  yang pernah guna laman social media ni kan yang mana seangkatan zaman dengan Yahoo messenger, MSN & banyak lagi ( tak ingat ). Bila ingat balik masa guna Myspace ni dulu masa sekolah menengah dulu la. Nak ngorat sikit mintak phone number dengan Myspace ( what a lame ).

Bila mula-mula buat acc Myspace ni kita mesti wajib dapat kawan ni,dia punya profile pic tengah suluh lampu, TOM!!! (founder Myspace). Salah satu yang paling best tentang Myspace ni, boleh customize dia punya template theme. punya la letak warna gelap dengan tengkorak bagai, ada yang letak diorang punya favourite anime, band favourites & etc. So bila ada orang singgah dekat profile kita acah-acah paling gempak la profile kita (LOL). Lepas tu nama mesti nak kena ada Rosli A.K.A Ayamor, rasanya ada yang pernah buat ni (termasuk la aku).

Bila nak cerita pulak tentang profile picture, rambut tutup dahi sikit (zaman-zaman jambu batu) pegang nset tu angkat la tinggi-tinggi sampai terkilas pulas tangan tu ambik gambar nak update dekat situ atau buat profile pic. Teknik nak kasi flawless zaman itu, bila ingat semula rasa macam noob. Masa ni masih lagi tak reti guna internet dekat nset Nokia gedabak sekalian, jadi zaman ni kuat pergi cc ( cyber cafe ). Balik sekolah campak beg, tukar baju (kadang-kadang seluar sekolah tu tak bukak dah) terus ke cc. Dah sampai cc tu benda first wajib bukak MYSPACE (terpancar cahaya kenikmatan dimuka) then dekat 'What's on your mind' type ‘today sucks at school’, kemudian bukak YouTube layan indie, lagu favourite masing-masing atau lagu top terkini sambil main game online,chatting , streaming movie/drama,etc. Kalau nampak je awek-awek sekolah online mesti nak tegur kalau nasib bertuah ada yang tegur kita dulu (kembang kempis habis), lebih-lebih lagi crush dekat sekolah tengah online (nampak je crush tengah titik hijau macam nak melompat) mesti nak ‘hye wat pew tuw…’ (putang ina). Kalau boleh chat sampai senja pun tak sudah terlalu asyik chatting.  Sekarang dekat Facebook kalau 700 online, bapa anda tengah tengok tv pun malas nak tegur kau.

Zaman ni memang music indie tengah rule (zaman sekarang kita ada Ayda Jebat yayyyy o0o) bila ada lagu baru gempak, mula la update dekat playlist dekat wall masing-masing so orang  yang tengah stalk korang, lepak dekat wall crush masing-masing  tu boleh la layan lagu kat situ sambil menatap wajah-wajah flawless yang ditangkap guna batu bata cap Nokia. Dekat Myspace ni la banyak recording company discover banyak artis-artis indie baru (contoh macam Yunalis Zarai). Boleh dikatakan Myspace ni salah satu platform untuk anak-anak muda mempamerkan bakat masing-masing selain YouTube.

Aku tak ingat macam mana aku boleh tinggalkan Myspace ni dulu. Yang aku ingat Facebook tengah naik dan ramai perlahan-lahan tinggalkan Myspace (T_T sob sob). Jadi makin lama makin kurang orang yang guna Myspace. Ramai kawan-kawan aku berpindah ke Facebook, jadi aku pun kena berpindah jugak.

Dipendekan cerita zaman ni memang happening habis sebab bila lepak dengan kawan-kawan takda sibuk nak mengadap smartphone masing-masing diam seribu ‘krik krik’ (macam sekarang) sebab internet time ni tak boleh bukak dekat nset (ikut jenis nset ) tambah pula data dulu tak macam sekarang. So apa cerita Myspace sekarang?

Sekarang Myspace masih lagi beroperasi macam biasa, dah lain dari dulu (nampak lagi urban). Tapi tak tahu la pengguna dekat Malaysia masih gunakan atau tak. Kalau ada orang masih lagi guna bagus jugak. Boleh nak start balik. Tapi nampaknya setakat ni Facebook masih lagi mendominasi. Tambah pulak Yahoo messenger dah say bye bye. Apa-apa pun ‘thanks Myspace sebab pernah jadi tempat lepak kami di dunia maya’.

“Jadi macam mana zaman ‘Myspace’ korang?”
-Adyshah

You Might Also Like

2 comments