CARA UNTUK MENGETAHUI YANG ANDA BERADA DIDALAM PEKERJAAN YANG SALAH

08:44


Kita semestinya akan rasa teruja dalam memulakan pekerjaan baru terutama sekali jika ianya adalah pengalaman pertama dalam dunia pekerjaan. Walau bagaimanapun anda akan menuju pada satu tahap dimana anda telah mengenali sepenuhnya di dalam pekerjaan anda dan budayanya. Kemudian?

Baik, anda biasanya akan mengalami salah satu dari dua perasaan ini: 1. Anda suka dan anda ingin buat atau capai lebih lagi, atau 2. Anda membencinya dan anda terdorong menenggelamkan diri didalamnya.
Ianya mudah untuk menyatakan adakah anda berada di tempat yang betul kerana kebiasaannya anda akan senang ke tempat kerja dan melihat orang-orang yang bekerja bersama anda walaupun sesuatu isu yang berlaku di tempat kerja. Berikut adalah enam perkara yang memberitahu anda yang anda berada di dalam pekerjaan yang salah.



#1 Anda lebih berminat kepada internet daripada bekerja.
Ia adalah 'normal' untuk melayari web atau membeli belah kadang kala, tetapi jika anda melakukan ini dan tiada kena mengena dengan pekerjaan anda,anda sememangnya tidak berminat atau suka dengan pekerjaan itu.


#2 Anda tak sabar menanti hujung minggu sedangkan ia masih lagi Isnin.
Adakah anda terasa tidak sabar untuk pergi kerja pada malam ahad? Jika anda tidak henti memerhatikan jam,menunggu penghujung hari tiba atau berharap ianya Jumaat padahal anda berada di hari Isnin, anda perlu mengaku yang anda sedang terseksa.




#3 Anda sentiasa bersendiri
Anda sepertinya menenggelamkan diri di persekitaran tempat kerja anda dan anda tidak menikmati persekitaran itu. Amat sukar untuk berada di dalam pekerjaan yang anda sendiri tidak menikmatinya, tapi jika anda rasa tidak selesa atau sedih terhadap seseorang ditempat kerja anda, itu lain ceritanya.


#4 Anda tidak menggunakan potensi anda dengan sepenuhnya
Banyak yang kita perlu belajar pada permulaan, tapi jika anda merasakan yang anda tiada peningkatan atau kemajuan dan pada masa yang sama anda mahir dengan apa yang anda lakukan itu, sepertinya potensi anda tidak digunakan dengan sepenuhnya. Yang paling penting, sentiasa utamakan dalam pembangunan diri anda sendiri.




#5 Anda lakukannya kerana wang
Bil dan perbelanjaan sentiasa wujud dan itu bukan alasan yang bernas untuk terus kerja dengan pekerjaan yang anda tidak suka/benci. Hidup ini terlalu pendek untuk membenci melakukan perkara yang anda banyak luangkan masa padanya.


#6 Anda lebih rela duduk di rumah dari dibayar
Dan bila tiba masa dimana anda lebih rela sakit atau menggunakan 'CUTI' anda dari pergi kerja walaupun tidak dibayar, anda memang berada di kemuncaknya. Masa untuk beredar.


"Jika anda suka dengan post ini, kongsikan kepada rakan-rakan anda." -Adyshah

You Might Also Like

2 comments

  1. Love what you do...or do what you love...perlukan ingt kedua2 ini apabila bekerja spt saya..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul,tu yg paling penting sekali..Buat apa yang kita suka..
      Anyway,thanks for the comment :)

      Delete