BAGAIMANA UNTUK MENJADI KAWAN YANG BAIK

06:12



Kehidupan adalah sesuatu yang amat berharga.Ketika kita menghadapi perjalanan kita dan telah menjadi rutin kadangkala pelbagai kejutan akan muncul samada yang baik atau tidak.Tidak mungkin kita akan dapat mengelakan diri dari semua kejutan itu.Dan kadang-kadang kejutan boleh bertukar bencana yang mungkin kita tidak boleh menghadapinya dengan sendiri dan bukan semua kawan yang akan bersama dengan kita.Jadi sebelum kita memerlukan kawan yang baik kita juga perlu jadi salah satu daripadanya.Menjadi seorang kawan yang baik untuk mereka yang kita hargai di hati kita.Jadi bagaimana untuk menjadi seorang kawan yang baik?


JADI KAWAN  YANG SETIA


Jika anda serious dalam persahabatan anda,sudah semestinya kita akan terasa selesa sehingga kita boleh menjadi diri kita sendiri dan tiada kawan lain yang akan pernah sama seperti mereka itu.Mereka juga turut merasakan yang sama.Mereka akan meletakan kepercayaan sepenuhnya kepada kita dan jangan kita kongsikan apa masalah yang dikongsikan oleh mereka dengan orang lain dan yang lebih penting bersikap jujur.Katakanlah jika anda tidak boleh berada bersama mereka,jangan katakan yang anda sanggup bersama mereka setiap masa kerana ini akan membuat mereka lebih terasa kesunyian.Sentiasa bersama mereka tidak kira dimasa sukar atau senang kerana seorang kawan baik tak akan hanya ada ketika di masa senang sahaja.Elakan menjadi orang yang sebegitu.


SENTIASA MENDENGAR


Kita sendiri juga apabila kecewa atau kecundang sudah semestinya inginkan seseorang untuk bercerita atau meluahkan sesuatu yang terpendam dan tidak boleh kita simpan dalam tempoh yang lama didalam hati kita.Hanya kita bersendirian dengan mereka,dengarlah dan tunjukan keperihatinan kita terhadap mereka.Itu sudah memadai bagi mereka.


BERIKAN PENDAPAT/NASIHAT


Cuba memahami dan letakan diri anda ditempat mereka kemudian berikan pendapat atau nasihat anda.Itu akan membantu mereka untuk bangkit semula.Kita juga akan mengharapkan benda yang sama dari mereka ketika kita berada di dalam situasi yang sama.

BUAT SESUATU


Kita boleh tahu apabila mereka kecewa,patah hati atau apa yang membuatkan mereka kurang bersemangat.Jadi buat sesuatu untuk ceriakan mereka,keluar bersama atau ceriakan mereka dengan sedikit perbualan yang melucukan dan disertakan dengan makanan kegemaran mereka,semuanya akan baik-baik sahaja.



You Might Also Like

2 comments

  1. hai bro ^_^ terima kasih komen blog Mieza Suhaini. ni ada sedikit saguhati nak bagi bro. tapi ada syarat. kalau rajin jom join :)

    http://kanvasdakwat.blogspot.my/2015/10/yes-ini-lah-menu-hari-ahad.html

    ReplyDelete
  2. bukan peraduan pun ^_^ hahah sebab rajin nak bagi saguhati kat bro. bro buat entri puisi tu dekat blog bro. nanti link tu bagi dekat blog saya :) tak kisah pada mana - mana entri

    ReplyDelete