CARA UNTUK MEMBUAT TEMPAT MELETAK HANDPHONE KETIKA MENGECAS

03:57

Kita sentiasa mengecas handphone kita.Tapi sesetengah daripada kita mesti ada masalah seperti tempat plug yang tinggi daripada lantai sehingga handphone kita tergantung terkulai dan ada juga tempat plug yang rendah,lain pula masalahnya apabila ia menggangu pemandangan apabila cable nampak tidak kemas di lantai.Di sini ada penyelesaian untuk kedua-dua masalah sekaligus kita dapat kitar semula bahan yang berpotensi menjadi sampah merbahaya seperti sampah yang berunsurkan pelastik. Saya akan tunjukan cara untuk membuatnya daripada bahan-bahan yang selalu kita nampak di dalam rumah kita. 


 1.Di rumah kita mesti selalu guna shampoo mahupun mandian.Saya gunakan botol mandian biasa yang sudah tidak digunakan. Saiz botol bergantung kepada saiz handphone anda.Lagi besar lagi bagus.


 2.Sediakan pensil/marker,pisau dan gunting


 3.Okay,sekarang potong dibahagian atas botol kerana kita tak perlukannya.






4.Rupanya akan menjadi seperti ini.


 5.Kemudian keluarkan separuh dibahagian depan.


 6.Selepas mendapat rupa seperti ini,dibahagian yang terbuka itu ukurkan plug pengecas korang dibahagian tengah tersebut dan tandakan dengan pensil atau marker.


 7.Potongkannya.


 8.Buangkan bahagian tersebut.


9.Inilah hasilnya.

*gunakan kreativiti korang untuk menghiasnya,korang boleh guna fabrik,kertas atau apa saja yang korang rasa menarik.Saya menggunakan beg pelastik yang tidak digunakan sebab ini yang saya dapat dari barang terbuang di rumah saya,lebih mesra alam,mudah dan jimat.

Okay,until next time.

You Might Also Like

2 comments

  1. Replies
    1. hahaha,biasa ja...cuma salah satu penyelesaian masalah yang terjadi kat diri sendiri :)

      Delete